Skip to main content

Cara buat Roti Jala yang Sedap, Lembut dan pasti rasa NAK BUAT LAGI!!

Roti jala sedap dimakan dengan kari, kuzi malahan dengan susu pekat pun sedap. Bila terfikir nak buat sendiri, rasa macam renyah pula. 

Di bawah ini resepi yang paling senang, mudah dan sedap yang biasa saya gunakan:

Roti Jala
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. 


Hari sabtu ni kebetulan ada kenduri Aqiqah di rumah sepupu.
Marilah kita merajinkan diri untuk membuat roti jala resepi paling sedap pernah saya cuba.

Selamat mencuba!!!




Perlukan supplemen?
Hubungi: 
Salmiah Maulan
019-6500920
Shaklee Klang/ Shaklee Desa Coalfields

Comments

Popular posts from this blog

Batuk berkahak? Ketahui Cara Menghilangkan Batuk Berkahak Secara Semulajadi

Dengan keadaan musim hujan, panas yang tidaak menentu sekarang ni, macam-macam penyakit yang cuba-cuba nak mendekati samada golongan bayi, dewasa atau orang tua. Demam, selsema, batuk 3 adik beradik yang setia antaranya.
Paling perit bila batuk berkahak yang kadang-kadang tu rasa nak sedut dengan penyedut hampagas untuk kelegaan

Di sini saya kongsikan serba sedikit cara-cara untuk menghilangkan batuk berkahak. 

1- Gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda

   Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastkan stim tidak terus menghalake muka anda        atau bayi. Tepuk belakang bayi dengan perlahan bertujuan untuk melonggarkan kahak          dan lebih mudah disingkirkan melalui najis.




2- Amalkan madu

   Madu adalah makanan sunnah yang bersifat anti-oksidan yang kuat dan anti-inflamasi.        Bancuhkan sedikit madu dengan air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda        hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria      yang terdapat pada kah…

Anda rasa kurang bertenaga? 5 Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Tenaga.

Anda mungkin pernah merasa terlalu letih, kurang bertenaga dan mudah penat meskipun tidak melakukan yang sesuatu yang berat. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pelbagai hal yang mungkin tidak anda sedari seperti kurang minum atau tiada pengambilan vitamin.



5 Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Tenaga akdn saya kongsikan di bawah ini;
1- Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee)


Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas unutk memenuhi keperluan mikronutrien. Insya Allah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel darah merah, mengelakkan anemia dan meningkatkan paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, Kalsium, Fosforus, Vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang.
2- B-Complex Untuk Tambah Tenaga

Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 Vitamin B penting untuk keperluan harian badan. B-Complex adalah salah satu vitamin kesukaan saya keran…