Skip to main content

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMILIH PRODUK NUTRISI YANG BAGUS



Beberapa fakta dalam laporan ini mungkin kelihatan ketinggalan zaman, tetapi jika anda menonton berita, membaca Laporan Pengguna, dan Makmal Pengguna masalh yang sama masih lagi wujud pada hari ini.
Bagaimana Memilih Produk Supplemen Yang Bermutu Tinggi
Apa yang anda lakukakn jika anda tahu produk supplemen yang anda telah ambil tidak seperti yang anda fikirkan? Anda mungkin pernah mendengar banyak cerita yang bercanggah dalam berita, daripada rakan-rakan atau ahli keluarga mengenai produk supplemen atau bahan-bahan yang berbeza. 
Mari kita hadapi persoalan ini apabila ia berkenaan supplemen, akal kita menetapkan bahawa kita harus mendengar daripada ahli professional yang berkelayakan, tentang penjagaan pemakanan kesihatan dan bukan dari ikon media seperti Larry King (mereka tidak tahu soalan yang betul untuk bertanya apabila berkenaan pemakanan). Bahkan kebanyakan penyedia penjagaan kesihatan tidak tahu soalan yang betul untuk ditanya.
Berikut adalah soalan-soalan yang harus anda tanya kepada pembekal supplemen anda untuk memastikan anda mendapat produk yang berkualiti tinggi dan produk nutrisi yang dirumuskan secara saintifik. Jangan cepat berpuashati dengan kekurangan walau sedikit. Kesihatan Anda Sebenarnya Bergantung Pada-Nya!
Siapa Syarikat Pengilang Produk Supplemen?
Syarikat yang menjual produk tertentu mungkin tidak akan mengeluarkan produk mereka. Mereka mungkin hanya "mengedar" produk. Produk-produk supplemen yang terbaik di pasaran akan dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat yang sama. Ini memastikan lebih kawalan ke atas kualiti proses pembuatan.


Adakah Pengeluar Supplemen mematuhi Prosedur FDA bagi Perkilangan Yang Baik?
Ia adalah penting untuk mengetahui sama ada produk produk supplemen yang dikeluarkan di bawah Prosedur Perkilangan Baik FDA (GMP). GMP adalah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri farmaseutikal perlu mematuhi peruntukkan undang-undang. Prosedur ini tidak diperlukan oleh industri supplemen namun syarikat-syarikat yang terkenal akan lebih bersedia untuk mematuhi garis panduan ini. Terdapat hanya segelintir syarikat nutrisi yang telah meaksanakan dan mematuhi garis panduan ini dalam prosedur pembuatan mereka.


Adakah produk nutrisi ini menjalani ujian kualiti ke dalam bahan-bahan yang mereka gunakan?
Setiap kelompok produk pemakanan, perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk kemujaraban (keberkesanan) dan kualiti. Produk-produk supplemen yang terbaik akan mpunyai 300 ujian kualiti ke setiap salah satu produk supplemen mereka.


Adakah produk nutrisi ini mempunyai makmal bebas yang mengesahkan kualiti mereka dengan keputusan yang disediakan kepada orang ramai?
Pengilang produk supplemen perlu menyediakan produk-produk kepada makmal bebas untuk mengesahkan kualiti mereka. Satu bidang mudah yang perlu disahkan adalah jumlah yang dinyatakan mengenai bahan tertentu yang disenaraikan pada label produk dengan jumlah sebenar yang terkandung dalam pil. 


Adakah produk supplemen yang anda gunakan diperbuat daripada bahan semulajadi atau sintetik?
Bukan semua produk supplemen adalah 100% semulajadi; contohnya Vitamin B. Ada Vitamin B yang mendakwa sebagai 100% semulajadi, sesiapa yang mendakwa demikian adalah salah. Semua produk pemakanan berkualiti tinggi akan mengandungi banyak bahan-bahan semulajadi.


Apakah Produk Pemakanan mempunyai tarikh luput dipaparkan pada botol?
Sama seperti makanan yang akan rosak selepas tarikh luput, ini juga berlaku untuk produk nutrisi. Semua produk supplemen yang berkualiti tinggi akan memaparkan Tarikh luput pada botol mereka.


Adakah Produk Supplemen ini lulus "ujian air"?
Ujian air digunakanuntuk memastikan penyerapan produk nutrisi. Banyak produk pemakanan di pasaran mempunyai bahan pengikat tiruan, bahan pengisi dan bahan pewarna yang apabila dimakan, sistem pencernaan kita tidak dapat memecahkan pil untuk penyerapan. Ujian Air: Ambil pil sampel daripada produk supplemen anda dan letakkan di dalam segelas air. Pil anda harus benar-benar larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20minit. Jika ia mengambil masa lebih lama, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak dapat memecahkan produk-produk tersebut dan menyerapnya ke dalam darah anda.


Adakah pengeluar produk pemakanan anda mempunyai lembaga penasihat saintifik yang sah?
Syarikat nutrisi berkualiti tinggi akan mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli sains yang terkenal di dunia. Banyak pengeluar pemakanan yang kurang ternama akan mempunyai "Lembaga Penasihat" yang terdiri daripada orang-orang yang tidak mempunyai pengiktirafan ijazah lanjutan dalam bidang biokimia atau pemakanan dan tiada autoriti dalam bidang pemakanan.


Berapa banyak saintis sepenuh masa yang bekerja dengan Syarikat Pengeluar Supplemen?
Pengeluar supplemen yang berkualiti tinggi akan mempunyai ramai saintis-saintis dan kakitangan yang bertauliah Sarjana atau lebih tinggi dalam bidang pemakanan.


Adakah Pengeluar Supplemen mempunyai kemudahan penyelidikan yang sah?
Pengeluar berkualiti tinggi akan mempunyai bangunan berasingan yang dikhususkan untuk penyelidikan. Pengeluar lebih tinggi reputasinya akan meletakkan kemudahan penyelidikan mereka di sekolah-sekolah perubatan yang berprestij.


Adakah Pengeluar Supplemen mempunyai bajet penyelidikan bagi produk supplemen mereka?
Pengeluar berkualiti tinggi harus memperuntukkan sekurang-kurangnya US1,000,000 setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan produk mereka.


Adakah Pengeluar Supplemen melakukan ujian klinikal pada produk supplemen mereka?
Pengeluar berkualiti Tinggi akan melakukan ujian klinikal ke atas produk supplemen mereka di institusi berprestij seperti Harvard, Universiti Tufts, John Hopkins, Yale, UCLA, Stanford University, University of California Berkley. Ujian klinikalseperti ini harus dilakukan oleh institusi di luar sana supaya semua keputusan dan metodologi adalah lebih saksama dan tidak berat sebelah.


Adakah Pengilang menerbitkan penemuan klinikal mereka di dalan jurnal-jurnal ulasan sains?
Pengeluar Supplemen bukan sahaja melakukan ujian klinikal ke atas produk mereka, tetapi, mereka juga menerbitkan hasil klinikal mereka dalam jurnal-jurnal ulasan sains.


Jika seseorang menjual produk supplemen, mereka perlu mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini. Jika mereka tidak lakukan semua ini, jangan beli produk mereka.
ANDA BERHAK TAHU APA YANG ANDA BELI.
Tidak semua produk Pemakanan Dicipta Sama!



Comments

Popular posts from this blog

Anda rasa kurang bertenaga? 5 Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Tenaga.

Anda mungkin pernah merasa terlalu letih, kurang bertenaga dan mudah penat meskipun tidak melakukan yang sesuatu yang berat. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pelbagai hal yang mungkin tidak anda sedari seperti kurang minum atau tiada pengambilan vitamin. 5 Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Tenaga akdn saya kongsikan di bawah ini; 1- Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee) Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas unutk memenuhi keperluan mikronutrien. Insya Allah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel darah merah, mengelakkan anemia dan meningkatkan paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, Kalsium, Fosforus, Vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang. 2- B-Complex Untuk Tambah Tenaga Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 Vitamin B penting untuk keperluan harian badan. B-Complex adal

Vitamin Shaklee Untuk Keguguran

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Walaubagaimanapun, ibu yang keguguran perlu merawat diri dan menjalani tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.  Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak diber

Cara buat Roti Jala yang Sedap, Lembut dan pasti rasa NAK BUAT LAGI!!

Roti jala sedap dimakan dengan kari, kuzi malahan dengan susu pekat pun sedap. Bila terfikir nak buat sendiri, rasa macam renyah pula.  Di bawah ini resepi yang paling senang, mudah dan sedap yang biasa saya gunakan: Roti Jala Sumber:  Azie Kitchen Bahan bahan: 3 cawan tepung gandum 2 1/2 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil garam 1 biji telur 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan) Sedikit pewarna kuning Cara-cara: Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.  Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah a